โรงแรม Raia Kuala Terengganu: กว้างขวาง อาหารเช้าเลิศ ใกล้สนามบิน
```html
RAIA HOTEL, KUALA TERENGGANU
Harga: RM214.62 di Trip .com
Deposit: Tiada
Lama tak buat review hotel. Sejak habis belajar dan kembali bekerja, sibuk memanjang. Rasa macam setiap saat berharga sangat kalau nak tulis 😆
Jadi, sementara ada masa ni, nak kongsi pengalaman menginap di sebuah hotel menarik semasa urusan kerja di Terengganu.
Jom baca!
KELEBIHAN
- ✅️ Lokasi RAIA Hotel dekat dengan lapangan terbang. Senang kalau risau tentang jadual penerbangan.
- ✅️ Bilik memang luas! Kalau nak pasang khemah pun rasanya muat lagi 2,3 orang 😆.
- ✅️ Ada epal percuma semasa check in. Boleh ambil dari bakul buah di kaunter.
- ✅️ Toiletries lengkap. Shaver pun ada.
- ✅️ Paling best, sarapan! Berbaloi sangat. Kalau bayar terus, RM35. Tapi kalau bayar semasa check in, RM28 je!
- ✅️ Menu sarapan memang banyak dan sedap! Suka sebab ada juadah Terengganu seperti nasi dagang, keladi rebus (pertama kali makan), pulut nyior dan lain-lain. Tengok gambar.
- ✅️ Tak lupa, smart TV! Boleh layan Netflix, YouTube. Yeah!
KELEMAHAN
Maaf, cuma komen jujur untuk penambahbaikan.🤩
- 🤔 Kurang berkenan dengan seorang staf di kafe semasa sarapan. Senyum, tapi tak berbalas. Siap pandang atas bawah. Kenapa ya? Atau salah faham? Hurm...
- 🤔 Susunan marmar dan lepaan simen di bilik air, rasa macam nak betulkan semula. Agak kurang kemas. Mungkin mata sendiri yang tak selesa. 😅
Tentang gym, kolam renang dan lain-lain kemudahan, tak pasti. Tak sempat explore. Check in pukul 10 malam, sebelum pukul 8 pagi dah check out. 😭
Tapi, secara keseluruhan, suka dengan hotel ni.
Insya-Allah, kalau ke Kuala Terengganu lagi, memang patut kembali ke sini. Patut!
Sekian, terima kasih.
```