Mangala Estate Boutique Resort
25-26 Julai
Dari Teluk Cempedak, saya menuju ke resort kedua, juga terletak di Gambang, Kuantan Pahang. Resort ini memulakan operasinya pada 2016, terletak di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran tasik. Tempahan dibuat secara terus setelah membeli baucer semasa MATTA Fair pada Mac. Baucer tersebut bernilai RM999 untuk sebuah vila yang dinamakan Vila Amani.
Resort ini terletak berdekatan susur keluar Gambang dari Lebuhraya Pantai Timur. Pada 2018, resort ini meraih World Gold dalam kategori Environmental untuk Rehabilitation/Conservation di Anugerah FIABCI Prix d'Excellence di Dubai.
Saya tiba pada pukul 1.45 tengah hari dan terus ke lobi. Suasana tenang resort ini terasa sebaik memasuki lobi. Kakitangan resort menyambut dengan mesra. Pembayaran deposit RM500 semasa membeli baucer, dan selebihnya, RM499 serta RM3 untuk cukai pelancongan. Proses daftar masuk berjalan lancar, dan selepas penerangan ringkas, saya menaiki buggy ke vila, agak jauh dari lobi.
Vila Amani, seluas 645 kaki persegi, mempunyai kolam renang. Ia luas, terbahagi kepada tiga bahagian. Masuk ke bilik, terdapat katil super king. Di sebelah kanan katil, almari dan rak. Di sini ada peti simpanan keselamatan, seterika, serta papan seterika. Bertentangan katil pula adalah meja kerja besar.
Di kiri katil, terdapat ruang sofa dan meja kopi bulat. Di hadapan sofa ada kabinet dengan TV 55 inci. Di sebelah kanan TV ialah rak, di sebelah kiri, peti sejuk mini dan mesin kopi. Terdapat juga perkakas untuk menyediakan minuman.
Di antara meja kerja dan rak TV, pintu gelongsor ke bilik air. Ruang mandi luas dengan dua singki. Di sebelah kanan tandas, di kiri ruang mandi dengan pancuran dan tab mandi. Ruang mandi terbuka, tab mandi besar. Resort menyediakan peralatan mandian lengkap, termasuk gel mandian dan syampu berjenama.
Vila Amani, antara vila dengan kolam renang sendiri. Vila Amani sebenarnya dua vila bersambung (Semi D), dengan dinding pemisah. Ada kerusi dan meja kecil tepi kolam. Resort menggunakan garam ganti klorin, jadi air kolam sedikit masin.
Wifi percuma, kelajuan 38mbps, Tune Talk mencapai 129mbps, CelcomDigi 106mbps. TV bersaiz besar, tetapi beberapa siaran tidak boleh diakses (mereka menyatakan yang siaran TV sedang ditambah baik). Tekanan air di bilik mandi tidak begitu kuat, terutama pancuran jenis siling, dan suhu air tidak begitu panas.
Resort ini juga mempunyai kolam utama di sebelah restoran, menghadap ke tasik. Ada juga jakuzi. Terdapat gimnasium berhampiran restoran. Saya makan tengah hari di restoran, mencuba nasi goreng RM58 dan jus nenas RM18. Sarapan keesokan harinya juga di restoran. Walaupun makanan tidak banyak, tetapi sedap. Daftar keluar, saya meminta sehingga pukul 2 petang.
Resort ini sangat cantik, sesuai untuk berehat atau pasangan bulan madu. Biliknya luas, bersih, dan selesa. Beberapa aktiviti disediakan seperti berkayak dan berbasikal. Makanan di resort ini sedap walaupun harganya mahal. Terdapat 67 buah vila. Bagi saya suasana resort ini tenang dan selesa, begitu juga kakitangannya yang ramah, menjadikan ia eksklusif. Lokasinya agak jauh dari kedai, perlu menggunakan kereta untuk membeli-belah atau makan di luar.
Banyak gambar diambil semasa menginap di resort ini. Jika pembaca ingin membaca ulasan hotel yang lain, sila ke ruangan saya. Sila ikuti Facebook saya jika pembaca ingin mengetahui tentang staycation saya dengan lebih terperinci. Terima kasih kerana membaca.